Ucapan Jazakallah Khayran

JZKK?
Ada fadhilat bila menggantikan atau menambahkan ucapan terima kasih kepada Jazakallah khayran ✨


Boleh ke tambah perkataan dalam ucapan ini? Boleh, tiada larangan kerana maqasidnya sama, mendoakan si pelaku. Namun perlu taslim bahawa apa daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم adalah yang terbaik. Wallahhua'lam.

Sebab itu, kalau ada orang tersalah dalam sorof arabnya, atau mengucapkannya dalam bahasa lain, diterima  Tapi saya sediakan guideline mengikut bahasa arab yang berseni ini, lebih lebih lagi kerana saya belajar dalam bidang ini. 

Masa belajar di asasi CFS, saya pernah berkata  kepada Ustazah Mazlina "جزاك الله" (Allah balas anda). Ustazah jawab, "جزى الله بما؟" (Allah balas dengan apa?). Sambil tersengih saya menjawab, "جزاك الله خيرا". Maksudnya, doa ini tidak lengkap tanpa maf'ul bih tsani (خيرا), Allah membalasmu dengan -kebaikan.

Jawab kepada ucapan doa ini pula saya tak tahu dalilnya dari mana-mana ulama. Cuma pada pengetahuan saya, ia adalah satu jenis doa. Maka berpada jika diaminkan, atau mengembalikan semula doa itu kepada si pengucap. Seperti yang selalu digunakan, "وإياك", "الله يجزيك". Wallahhua'lam.

Ubah ucapan ta'bir biasa kita kepada ucapan yang berbalik kepada Allah. Jika sakit, syafakallah. Nak exam, bittaufiq wannajah. Oh my God kepada Subhanallah. Dan, ucapan terima kasih digantikan atau ditambah dengan Jazakallah khayran 朗
Moga muzakarah disertai amal 

p/s: boleh rujuk hadis dan athar lain yang menyebut tentang fadhilat ucapan Jazakallah khayran.